Saturday, April 14, 2018

Istanbul Hogor Datang!

Alowp! Assalamualaikum, hye guys!
Alhamdulillah baru lepas settle uruskan flight ticket balik Malaysia for this upcoming summer holiday.
Ceghita pasal flight ticket, Hogor nak throwback sikit last minute change flight Summer Holiday tahun lepas.
Al-kisah~ tahun 2017 lebih kurang pertengahan bulan May, waktu di mana seorang Hogor sedang struggle dengan final exam 4th semester dia.
Tiba2 dikejutkan dengan berita Qatar Airways tak lagi boleh memasuki ruang udara Mesir.
Dengan hati penuh gelisah, call travel agent and dia sahkan berita tu betul.
Serabut? Gila tak... dengan tengah final exam lagi, duit flight ticket lagi.
Tapi macam senior cakap, Allah nak bagi lagi baik lah tu.
Kitorang ditukarkan ke Turkish Airlines, Qatar tanggung.
Yang paling best? Transit 18 jam, dapat free accomodation and we decided to walk around area Istanbul.
12th Jun 2017.
Sampai2 Ataturk Airport, Hogor and Reena dengan confidentnya berlari ke kaunter imigresen sebab member dok Turki dah pesan awal2, orang nak cop Visa On Arrival tu ramai yang amat. (Malaysian dapat free Visa On Arrival)
Tunggu punya tunggu, 3 orang lagi member EXQCliPh tak muncul tiba.
Rupanya kitorang dua yang silap kaunter, pergi short transfer punya lounge. Kena pusing balik! haha.
Lepas 2 jam, sampai lah kitorang di hotel (Bro Mehmed receptionist hotel handsomenya ohmaigod!)
Bulan Ramadhan, jadi kitorang pilih untuk naik teksi menuju ke destinasi pertama, Topkapi Palace.
Dalam teksi tu, jeng jeng jeng.. kitorang kena tipu!
Pak Cik tu mintak 50 Lira, Hogor pun bagi lah 100 Lira, mengharapkan pak cik tu bagi baki.
Tiba2 dia cakap kita bagi 5 Lira, kat tangan dia memang ada 5 Lira. Then dia mintak lagi 50 Lira,
Yang pelik bin ajaibnya, selamba je Hogor hulur lagi.
Kitorang semua macam kena pukau, semua terdiam.
So lepas ni hati2 guys, orang cakap kat Mesir ni walau ada Nabi Musa, ada jugak Firaun.
Macam tu jugak Turki, even ada Sultan Muhammad Al-Fateh, ada jugak Mustafa Kemal Ataturk.
Sedih tu sedih, tapi kitorang teruskan jugak berjalan area Sultanahmed Square, historic heart of Istanbul.
Area di mana Blue Mosque and Aya Sofia both just walking distance je dari Topkapi Palace tadi.
Dah habis pusing and masuk 3 main attractions tadi, sempat jugak solat kat Masjid Biru, kitorang teruskan misi yang seterusnya.
Misi wajib setiap tourist, merchandise hunting!,
Dari Sultanahmet square tu korang boleh naik tram ke Grand Bazaar, syurga segala merchandise kat Istanbul.
Kat Grand Bazaar ni segala macam Turkish delight, Baklava manis leting, t-shirt (I really recommend you to buy the long sleeve shirt, material kain dia best tak leh nak describe!) and fridge magnet.
Time shopping jangan lupa bandingkan harga dengan kedai lain, karang menyesal tak sudah kedai lain jual lagi murah.
Paling penting jangan lupa tawar harga, tak yah malu2, daripada duit terbang.
Jam menunjukkan hampir pukul 8 malam, waktu buka puasa pun nak dekat.
Disebabkan bulan puasa, hotel tak sediakan makanan free, so pandai2 cari sendiri.
Kedai makan kat area Grand Bazaar pun agak mahal.
Nasib baik ada Nafis, member zaman ABIM Sungai Ramal dulu tolong bawak kitorang gi makan kat Kedai Kebab Turki area Masjid Al-Fateh.
Merasa lah jugak naik underground kat Turki dari Grand Bazaar.
Tapi jauhnya nak jalan kaki tu, ma shaa Allah, Tabarakallah.. dengan jalan kat Turki semua berbukit lagi.
Siapa kata student oversea semua kaya asyik berjalan sakan?
Selagi boleh jimat, kitorang jimat, jalan semua bajet2 je.
Lepas berbuka, sampai lah waktu untuk kitorang balik ke hotel sebab coaster untuk bawa kitorang gi Airport akan sampai dalam pukul 9.30.
Lawaknya, dah malam tu baru kitorang tau yang tembok sebelah hotel yang kitorang duduk tu lah tembok yang Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya pecahkan demi menawan Istanbul dulu.
Maka dengan itu, kami pun meneruskan perjalanan balik kampung, 10 jam straight dari Istanbul ke Kuala Lumpur, Malaysia.
Till we meet again, In Shaa Allah,